Wednesday, January 25, 2017

SAMBAL BELACAN TOK

BAHAN-BAHAN
Air Asam jawa       Bawang Besar
1 1/2 Belacan       Limau Kasturi
15 Cili padi           Gula
Garam                 Tomato
 Cili Merah (penaik warna)

1 STEP
- Masukkan semua bahan kedalam blender kecuali tomato dan limau kasturi.
- Blend sehingga biji cili lumat.
- Masukkan bawang dan blend sehingga lumat.
- Perahkan limau kasturi.
Sambal dihidang dengan potongan tomato mengikut kesenian sendiri.

SPONGE CAKE

BAHAN-BAHAN
10 Biji Telur Ayam

1 Cawan Susu Pekat
2 Cawan Gula Kasar

2 Cawan Tepung Gandum

1 Cawan Majerin  
2 Cawan Air

1 Sudu Teh Vanilla

1 Sudu Teh Soda Bikarbonat

1 STEP
- Gula dimasak hingga kuning.
- Masukkan air 2 cawan, kacaukan sehingga cair dan rata.
- Sejukkan.

2 STEP
- Pukul telur hingga naik.
- Susu dan majerin dikacau sama.
- Kemudian, masukkan kedalam adunan telur.
- Tepung gandum dimasukkan secawan-secawan.
- Kacau sehingga rata.
- Kemudian, masukkan air gula dan tinggalkan 2 sudu untuk dikacau dengan soda bikarbonat.
- Soda bikarbonat dengan air gula dimasukkan dalam adunan bersama esen vanilla sehingga rata.

3 STEP
- Adunan dimasukkan kedalam acuan.
- Masukkan kedalam oven.
- Bakar (40-50 min).
- Sedia untuk dihidang.

CHEESEKUT

BAHAN-BAHAN
250 g Cream Cheese (Tartura/Philadelphia)
½ Tin Susu Pekat
1 Cawan Susu Segar
Biskut Cream Cracker
Seerbuk Milo/Nestum
Oviltine/Oreo/Stawberi

1 STEP
- Cream cheese , susu pekat dan sedikit susu kotak (3 sudu) dan gaul sebati.
- Pukul sehingga berkrim dengan menggunakan mixer.

2 STEP
- Bekas acuan disediakan.
- Biskut dicelup kedalam susu kotak (melembapkan).
- Kemudian susun ke dalam acuan sepenuhnya, tanpa meninggalkan ruang.

3 STEP
- Cream cheese disapukan diatas biskut yang disusun.
- Milo ditaburkan diatas lapisan cream cheese.
- Ulangi lapisan mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan milo.

4 STEP
- Lapisan paling atas, sapukan cream cheese dengan tebal sedikit.
- Hiaskan dengan serbuk oreo.
- Simpan dalam peti sejuk selama 20 – 30 min.
- Setelah agak keras, siap untuk menjamu selera.

The Pfordten's Family

(Berpindah ke Cameron Highlands)
     Pada tiga perempat tahun 1941 Tuan Pfordten berhenti dari Rubber Plantation. Menurut ceritanya beliau sudah tidak betah lagi dengan sikap tuan besarnya diestate Sungai Burung tersebut. Tuan besarnya seorang penggemar alkohol dan prajudis. Saban malam dia memaksa tuan Pfordten kerumahnya untuk melayan beliau berbual sambil tunggang arak dan beliau suka marah-marah, memekak-mekak  jika terdapat  sedikit perselisihan pendapat atau ada timbul sedikit masalah dalam pengurusan tempat kerja. Tuan Pfordten sudah lama berhenti minum alkohol sejak memeluk Islam malahan hisap tembakau paip pun beliau sudah tinggal kan walaupun dirumahnya masih ada tergantung koleksi berpuluh-puluh paip dengan berbagai jenama dan bentuk digantung pada ranting kering sebagai hiasan.
     Dari Sungai Burung tuan Pfordten dan Che' Jam berserta tiga orang anaknya berpindah ke Cameron Highlands dan tinggal disebuah cottage yang dibeli oleh tuan Pfordten di Kampung Raja. Tuan Pfordten berkerja sebagai pengurus ladang teh 'Perlong Velly Estate di Tringkap tidak jauh dari kampung Raja. Tuan Pfordten sudah lama ingin bermastautin di Cemeron Highlands, sejak beliau melancong buat kali pertama ke Cameron Highlands pada tahun 1930 oleh kerana udaranya yang sangat nyaman dan suasana tenang serta aman damai di Cemeron Highlands.     
     Pada penghujung tahun 1941 tentera Jepun dibawah pegawai pemerintahan Leftenan General Tomoyuki Yamashita telah menjajah Tanah Melayu. Tentera daratnya masuk melalui Perlis dari Thailand dan tentera laut nya masuk melalui negeri Kelantan. Berlakulah pertempuran dengan tentera British yang dibantu oleh pasukan tentera Punjab sebagai tentera upahan. Tentera Jepun terus mara ke selatan. Tentera British dan pasukan Punjab terpaksa berundur ke selatan  dan ramai yang terbunuh disepanjang jalan.
     Seluruh warga British lelaki yang dewasa termasuk yang dah tua dikerah menjadi tentera oleh Penglima Pemerintah tentera British Tanah Melayu Marsyal Udara Sir Robert Brook Popham . Pada ketika itu, Tuan Pfordten sudah berusia lima puluh enam tahun. Pada suatu hari, tuan Pfordten keluar bertugas dan menjalani latihan tentera dikem Tanah Rata dibawah pimpinan captain H.F. Bloxham, seorang bekas tentera British di Afrika berkelulusan Veterinary Doctor yang menjalankan perniagaan menjaga dan merawat kuda2 lumba Perek Turf Club dari Ipoh setiap kali  tamat perlumbaan di pusat penjagaannya dibatu 33 jalan Tapah ke Cameron Highlands. Sejak itutuan Pfordten hilang ghaib entah kemana tanpa khabar berita.
     Tinggallah mak Jam bersama tiga orang anaknya iaitu Ahmad tiga tahun, Rahim setahun enam bulan dan Salleh enam bulan. Ketika itu, duit hanya tinggal beberapa ringgit. Tunggulah kepulangan tuan Pfordten dari pagi kepetang, dari petang ke malam, dari malam kepagi. Hari demi hari dengan perasaan gundah-gulana dan cemas serta rembesan air mata. Pada ketika itu di Cameron Highlands tidak ramai penduduknya terutama orang Islam hanya beberapa kerat, terdiri dari bangsa Pakistan.
     Akhirnya mak Jam didatangi oleh beberapa orang kawan tuan Pfordten iaitu Eddy Gomez seorang pemandu teksi berbangsa Serani, Shau Ku seorang pekebun sayur dan Mutu pemandu Jeep Prolong Velly Estate. Mereka sentiasa menghulurkan bantuan.     
     Eddy telah membawa mereka berempat beranak ke Bintang Hotel, sekarang ini Cameron Highlands Hotel yang terletak dipesisiran padang golf di antara pekan Brinchang dengan pekan Tanah Rata. Kami menumpang dirumah pak Mat dan isterinya mak Som, orang Parit Buntar. Mak Som ini kakak kepada pakngah Hamid ayah pada Aziz. Isteri pada pakngah Hamid ini maklong Shamsiah. Mereka ada rumah diTaman Sedia. Pak Mat jadi pemandu teksi hotel tersebut. Setelah sebulan menumpang hidup disitu tanpa wang belanja, mak Jam bercadang nak balik kekampung Bagan Dalam, di Seberang Perai. Kebetulan pada ketika itu paklang Pie' adik pak Mat datang melawat abangnya dan hendak pulang semula ke Parit Buntar.
     Pak Mat menghantar kami dengan teksinya ke stesen kereta api Tapah Road. Kami naik kereta api menumpang coach cargo yakni gerabak bawa barang. Perjalanan ini mengambil masa seminggu untuk sampai keParit Buntar kerana banyak landasan kereta api yang rosak terkena bom dan terpaksa dibaiki.
     DiParit Buntar kami tinggal menumpang dirumah paklang Pie' selama sebulan. Duit tak ada makan, minum susah. Keluarga paklang Pie' pun orang susah. Susu badan mak Jam sudahpun kering. Hendak beli susu tidak berduit. Salleh hanya minum air gula. Oleh kerana keadaan semakin susah, paklang Pie' membuat keputusan untuk menghantar Mak Jam dan anak-anaknya pulang  kekampung Mak Jam di Bagan Dalam dan menumpang dirumah nek Minah, ibu kepada Mak Jam. Suami nek Minah, tok Dolah bekerja sebagai nelayan. Atas permintaan keluarga pak lang Pie', Salleh ditinggalkan dirumah paklang Pie' dan mereka berjanji akan serah balik bila keadaan sesuai.
     Di Bagan dalam tok Su Daharah ipar kepada nek Minah minta hendak pergi ambil Salleh di Parit Buntar. Dia mahu membela Salleh. Dia pergi mengambil Salleh keParit Buntar dengan menaiki langcha, kenderaan beroda dua yang ditarik oleh manusia. Jarak antara Parit Buntar dengan Bagan Dalam kira2 dua puluh batu. Sejak itu Saleh tinggal dengannya. Suaminya toksu Chin bekerja sebagai 'serang' kapal dagang, agak senanglah makan-minum keluarga itu. Satu keistimewaan toksu Daharah ini, sangat pemurah orangnya suka membela saudara-mara yang susah. Mana-mana anak saudara yang miskin atau yatim diambilnya, dibela sebagai anak angkat. Hampir dua puluh orang semuanya termasuk Salleh.
     Mak Jam dengan dua orang anaknya, Ahmad dan Rahim kian sempit kehidupannya dengan menumpang dan akhirnya dengan pakatan saudara mara Mak Jam dibawa kepejabat agama, buat tuntutan fasakh dengan tuan Pfordten kerana telah lama meninggalkannya tanpa nafqah dan selepas habis e'dah telah dikahwinkan dengan pak Kasim, seorang yang ada hubungan keluarga atas dasar pembelaan, yang bekerja sebagai anak kapal dagang maka lepaslah makan minum dan hasil perkahwinan itu telah dikurnia kan seorang anak perempuan, Siti Rofeah yang lahir pada 10.4.1944.

Monday, January 23, 2017

IKAN BILIS BERSIRA

BAHAN-BAHAN
Ikan Bilis (Segenggam)            Belacan
Kacang Tanah (300 Gram)       Asam Jawa
Tempe (2 Bungkus)                   Gula
Cili Kering (Segengggam)         Garam
Bawang Putih, Merah

1 STEP
- Tempe dipotong nipis.
- Lumur kunyit + garam dan goreng.

2 STEP
- Ikan bilis dikupas dan disiang.
- Ikan bilis digoreng garing.

3 STEP
- Kacang tanah disangai sehingga terasa lemaknya.

4 STEP
- Bawang putih dan bawang merah ditumbuk hancur.
- Cili kering di basuh dan direndam dengan air panas.
- Kemudian, cili kering di blend sehingga lumat.
- Bahan yang ditumbuk ditumis garing.
- Masukkan belacan, air asam jawa dan cili yang telah di blend.
- Setelah cili yang dimasak naik minyak, masukkan gula secukup rasa.
- Tempe, ikan bilis dan kacang tanah dimasukkan ke dalam kuali dan digaul rata.
- Sedia untuk dihidang.

IKAN KELI BERLADA

BAHAN-BAHAN
Ikan Keli (1 kg)                              Halia
Segenggam Cili Kering                 Minyak

Asam Jawa (2 Keping)                 Belacan
Garam Secukup Rasa                          

Gula Secukup Rasa
Kunyit Serbuk Secukup Rasa
Bawang Besar, Putih, Merah

1 STEP
- Ikan disiang dan dibasuh bersih.
- Salut ikan bersama kunyit + garam.
- Minyak dipanaskan di dalam kuali.
- Ikan digoreng dengan api yang sederhana.

2 STEP
- Cili kering di basuh dan direndam dengan air panas.
- Kemudian, cili kering di blend sehingga lumat.

3 STEP
- Bawang putih + merah + halia dimayang halus
- Minyak dipanaskan di dalam kuali.
- Bawang putih + merah + halia yang dimayang halus ditumis sehingga wangi.
- Belacan dimasukkan ke dalam tumisan.
- Cili kering yang sudah diblend, dimasukkan kedalam kuali sehingga naik minyak.
- Air asam jawa dimasukkan kedalam kuali.
- Gula + garam dimasukkan secukup rasa.
- Bawang besar dipotong bulat dimasukkan kedalam kuali sebagai hiasan.

4 STEP
- Ikan yang telah digorang, dimasukkan ke dalam kuali.
- Gaul rata dan hidang.

KUAH KACANG TOK

BAHAN-BAHAN
4 batang serai                 500 g kacang
1 inci halia                       Cili kering
1 inci lengkuas                1 s/b ketumbar
Bawang putih                  1 s/k jintan putih
Bawang merah                1 s/k jintan manis
1 ekor ayam                     Air asam jawa
Gula                                 Garam

1 STEP
- Cili kering direbus sehingga mendidih.
- Kemudian, cilinya diblend sehingga lumat.
- Masukkan semula ke dalam
kuali sehingga masak.
- Campurkan sedikit gula dan garam.
- Selepas masak, biarkan sehingga masakan menjadi suam.
- Masukkan paste cili kedalam bekas.

2 STEP
- Sediakan bahan A dan bahan B.
- Bahan A : serai , bawang merah , bawang putih , paste cili kering , halia dan lengkuas.
- Bahan B : jintan manis , jintan putih , dan ketumbar di sangan (goreng tanpa minyak) dan ditumbuk kasar.
- Bahan A dan Bahan B di blend sekali dan ditapis airnya.
- Kacang tanah di sangan sehingga tidak terasa lemak kacang.

3 STEP
- Bahan yang telah diblend dimasukkan kedalam kuali dan ditumis sehingga naik minyak.
- Air yang ditapis ditambahkan sedikit-sedikit kedalam kuali.
- Air asam jawa, gula dan garam dimasukkan kedalam bahan yang ditumis.
- Ayam dimasukkan ke dalam kuali sehingga separuh masak.
- Kacang yang telah diblend dimasukkan ke dalam kuali sehingga masak.
- Akhir sekali masukkan santan ke dalam kuali sehingga naik warna.
- Makanan siap untuk dihidang.